Kisah Nabi Muhammad Bagaimana Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

Kisah Nabi Muahammad SAW Megajarkan Kita Keluar Dari Kemiskinan



Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW dan meminta bantuan.

Baginda pun bertanya, "Apakah kamu mempunyai sesuatu dirumah?"

Lelaki Ansar menjawab, "Ya ada, yaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta, sehelai pakaian dan ada sehelai yang dihamparkan. Dan juga bekas minum.

Rasulullah SAW pun terus berkata. "Bawa keduanya kepadaku".

Maka lelaki Ansar itu pun pulang dan membawa kedua-duanya kepada Rasulullah SAW lantas Baginda mengambil keduanya dan berkata kepada orang ramai, "Siapa yang mau membeli kedua barang ini?.

Seorang lelaki menjawab, "Saya akan membelinya dengan 1 dirham".

Rasulullah pun berkata dan mengulanginya beberapa kali, "Siapa yang mahu membelinya dengan 2 dirham".

Seorang pun menjawab, "Saya mahu membelinya dengan 2 dirham".

Dan Rasulullah pun mengambil 2 dirham tersebut dan memberikannya kepada lelaki Ansar lalu berkata. "Berilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirhamnya lagi belilah (mata) kapak dan bawalah kepadaku".

Lelaki Ansar pun melaksanakan apa yang di perintahkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Rasulullah.

Kemudian Rasulullah memasangkan (mata) kapak tersebbut denga kayu dan memberikan nya kepada lelaki Ansar lalu berkata. "Nah, bawalah kapak ini dan pergilah mencari kayu.

Lelaki Ansarpun pergi mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah dan membawa 15 dirham ditangannya.

Raulullah pun berkata. "Berilah makanan dan sisanya beli pakaian". Seungguhnya ini adalah lebih baik dari diri kamu datang meminta-minta karena perbuatan meminta-minta itu akan merusakan wajah kamu pada hari akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk orang-orang yang sangat miskin.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »